Saturday, 3 January 2015

Resepi Makaroni Bakar

Assalamualaikum

Sementara takde orang nak mesej.
Dan sementara ada masa terluang.
Tiba-tiba hati ni baik sangat nak share resipi ni.

Selamat Mencuba!


Bahan-bahan:

Satu sudu besar marjerin
Halia besar ibu jari + bawang putih 2 ulas = tumbuk
1 paket Daging ayam Ramly - potong dadu
2 tin Prego Cheese
1 tin susu cair
1 paket Makaroni San Roman (ni terpulang pada bajet duit) - rebus sampai lembut
1 atau lebih paket Cheese petak 4 segi tu
1 paket Cheese Mozarella

Cara memasak:

* Panaskan kuali. PENTING ni!
* Cairkan marjerin. Bagi cair betul tau.
* Dah tu, masukkan bahan yg ditumbuk td. Tumis sampai naik bau. Wangiiii.
* Dah wangi tu (make sure jangan sampai hangit), masukkan pulak daging ayam td.
* Bagi daging td sampai garing - kekuning kuningan warnanya.
* Lepas tu masukkan Prego Cheese, susu cair. Tin Prego tu jangan terus buang. Isi sikit air, kocak-kocak. Air tu masuk dalam masakan tadi.
* Kacau sampai mendidih. Sambil tu masukkan cheese petak lebih kurang 3-5 keping. Bergantung pada berapa pekat kuah tu awak nak. Nak pekat lagi, tambah lagi cheese.
* Eh, garam jangan lupa bubuh sikit.
* Dah sudah tu, awak rasa sikit. Sedap? haaa masa ni awak bubuh lah makaroni yang awak dah rebus tadi.
* Kacau bagi sebati. Kacau - kacau - kacau.

Part akhir (membakar) :
* Masakan tadi masukkan dalam loyang. Biar mampat serta padat!
* Susun cheese petak as topping dan tabur cheese mozarella.
* Seterusnya masuk dalam oven bersuhu 170-180 celcius. Masanya 20-30 minit.
* Sebenarnya masa ni kita boleh agak. Tengok dah garing toppingnya, awak angkat la.


Makaroni Bakar ni basisnya Makaroni dan Keju. So cheesy!
Siapa suka keju macam saya, mesti leleh ayak liyok.
Siapa rajin boleh buat bisnes.

"Kenapa share resepi ni? Tak takut ke orang amik?"
Ilmu Allah tu luas. Buat apa nak simpan. Rezeki orang buat apa kita nak halang :)


Untuk persoalan:
fatinainaa1053020@gmail.com

.

No comments:

Post a Comment