Tuesday 20 January 2015

Sumber Kekuatan

Assalamualaikum.

First of all.
Saya akan cerita kenapa perlunya saya sang sumber kekuatan ni.


Weekdays saya.
Isnin sampai Jumaat.
Rutin saya bangun 5 pagi untuk bersiap ke sekolah.
Subuh sekarang dah lewat, makanya...
Saya juga akan lewat gerak ke sekolah.

Saya gerak ke sekolah bermula jam 6.30 pagi.
Ini lewat. Selalunya 6.20 pagi.
Saya lalu highway Federal.
Nak ikut NPE, tol mahal.
Takpelah. Federal jauh sikit. Jem sikit je.

Sampai sekolah - kerja - kerja - kerja.
Tepat jam 5.30 petang, saya berlari ke jam punch card untuk pulang.

Okay. Balik saya ikut highway NPE.
Terpaksa. Ikut NPE pun sampai rumah 6.30 petang dan ke atas.
Sebabnya? Biasalah, Kuala Lumpur.
Ohh ye, saya drive seorang diri setiap hari dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur.
Penat? Tuhan saje yang tahu.

Malam saya rehat. Sambil iron baju.
Malam je saya ada masa utk belog ini.
Itu pun kalau sempat.
Kadangnya ada banyak lagi kerja nak buat.

Habis cerita weekdays


Sekarang cerita weekends.
Sabtu dan Ahad.

Saya salah seorang penuntut separuh masa UIA Gombak.
So untuk weekends, saya ulang alik dari Petaling Jaya ke Gombak.
Gombak ke Petaling Jaya.
Setiap Sabtu dan Ahad.

Perjalanan makan masa 45 minit hingga sejam.
80 kilometer pergi balik.
Tol sehari RM4. Dua hari RM8.

Itu sahaja. Tapi rasanya awak semua faham.
Faham keletihan saya.


Sumber kekuatan.


Pertama, yang bayar yuran UIA
Yang teman saya sebelum pergi kerja tiap pagi.
Yang setelkan hal baju pakaian saya di rumah.
Ma abah dan adik-adik.
Lebih tepat sekali - FAMILY.

Mereka. Saya tak mampu balas segala yang mereka beri.
Yang mereka buat.
Doa saya, andai nyawa perlu digantikan untuk hidup mereka.
Saya rela serahkan pada mereka.
Tak terkata untuk semua pengorbanan mereka.


Kedua, yang sentiasa beri sokongan moral.
Jatuh bangkit saya di terima dia.
Tergoleknya saya kemurungan, dia ada menceriakan.
Terloncatnya saya gembira, dia ada mengingatkan.
Raja hati saya. Asyraf .

Awak, terima kasih memahami saya yang sibuk.
Terima kasih sudi luang masa di kesempitan masa saya.
Terima kasih ajar saya untuk terus tegak berdiri.
Sokongan moral yang awak beri, kekuatan saya.


Ketiga, melihat wajahnya aku tersenyum.
Manis terlalu.
Dia anak murid - malah dia sebagai adik.
Selalu jadi kekuatan untuk melangkah ke kerja.
Adib Hakimi, terima kasih untuk senyuman awak.

Awak punya senyuman tu yang menarik saya ke tempat kerja.
Muka muram saya ketiadaan awak, jelas terpancar.
Doa saya, semoga awak terus berjaya.
Berjaya dunia akhirat.
Awak baru bertatih di dunia remaja.
Sedarlah, di depanmu makin banyak yang mencabar.
Kuatlah. Seperti mana saya kuat kerana awak.


---

Terima kasih Tuhan kerana kurniakan mereka.
Terima kasih mereka sebab sudi dengan saya.

Andai jodoh bersama tidak kesampaian;
Moga berjumpa kita di syurga nan indah.


Terima kasih
:)

No comments:

Post a Comment