Wednesday 31 December 2014

Selamat Tinggal 2014

[Sumber : Whatsapp]

Assalamualaikum.
Selamat Tinggal 2014..

Terima kasih Allah.
kerana memberi kehidupan kepada ku.
Ampunkan aku ya Rabb.

Terima kasih Baginda Rasulullah.
Kerana mengajar dan menjadi panduan hidupku.
Agar lebih sempurna untuk kembali kepada Allah.
Dengan izin Allah jua.
Ampunkan aku kerana tak sempurna selawatku.
Moga baginda kekal dalam rahmat Allah.
Aamiin

Terima kasih kedua ibu ayahku.
Kerana melahirkanku di dunia ini.
Dengan izin Allah.
Ampunkan kami ya ibu ayahku.
Semoga ibu ayah dirahmati Allah,
Dunia Akhirat
Aamiin

Terima kasih keluargaku yang Allah amanahkan dalam hidupku.
Untuk terus mendidikku sebagai manusia yg lebih baik.
Ampunkan kesalahanku.
Moga semua keluarga ku dirahmati Allah Taala selalu.
Aamiin

Terima kasih semua sahabat yang baik hati.
Jangan lupakanku.
Bila suatu masa nanti kita berpisah dengan izin Allah.
Itulah kenangan perjalanan hidup kita.
Yang Allah sediakan kepadaku untuk terus lebih bererti.
Maafkan kesalahanku wahai semua sahabatku.
Moga semua sahabat sentiasa dirahmati Allah.
Aamiin

Terima kasih saudara-maraku.
Maaf sangat kalau ada salah silap.
Yang sengaja dan tidak disengajakan.
Moga Allah merahmati semua saudara-maraku.

Terima kasih kepada yang sayang padaku.
Aku juga sayang padamu dengan izin Allah.
Maaf aku hanya manusia biasa.
Moga kamu dirahmati Allah selalu.
Aamiin

Terima kasih kepada yang pernah menyakiti hatiku.
Kerana telah banyak mengajar dan mendidikku.
Untuk terus bersabar dan redha akan ketentuan Allah.
Aku telah bersyukur.
Terima kasih, moga kamu semua dirahmati Allah selalu.
Aamiin

Terima kasih pada yang tidak mengenali aku.
Tapi masih save number aku.
Maaf kelemahanku.
Walaupun ada mata melihat.
Ada telinga mendengar.
Dan mulut hanya diam sahaja.
Moga kamu dirahmati Allah.
Aamiin

Tahun 2014 ini,
Allah telah kurniakan banyak kenangan indah dan hiba.
Dengan ujian kebaikan dan kesakitan.
Bagi terus mendidik dan mengajar
dalam kehidupan ini.

Aamiin

Ahlan Wasahlan 2015

No comments:

Post a Comment